Buang bayi: Dua warga asing ditahan

Buang bayi: Dua warga asing ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Dua warga asing ditahan selepas dipercayai mempunyai kaitan dengan kes penemuan mayat bayi perempuan dalam tong sampah di kawasan Abdullah Hukum, Bangsar, di sini semalam.

Penahanan lelaki berusia 23 tahun dan wanita berusia 31 tahun itu dilakukan ditahan di sekitar Brickfields.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, tangkapan dibuat hasil siasatan polis dengan bantuan maklumat orang awam.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita percaya mereka mempunyai kaitan dengan kes ini dan siasatan masih diteruskan.

“Kita juga menghargai maklumat orang awam yang membantu pihak polis mengesan mereka sehingga tangkapan berjaya dibuat,” katanya pada sidang akhbar selepas Program Taman Angkat Amanita Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju di PPR Laksamana, Jalan Peel, di sini hari ini.

Ditanya sama ada kedua-dua suspek pasangan suami isteri, Fadil berkata, perkara itu masih dalam siasatan.

Katanya, mayat bayi yang dianggarkan berusia tujuh bulan dalam kandungan itu ditemukan petugas Alam Flora di kawasan pembuangan sampah berhampiran Abdullah Hukum.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan,” jelasnya.

Semalam, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Hoo Chang Hook memaklumkan polis menerima laporan penemuan mayat bayi perempuan itu pada pukul 10.43 pagi.

Siasatan awal mendapati mayat bayi berkenaan ditemukan dalam sebuah tong sampah di kawasan sebuah apartmen sebelum dibawa ke Unit Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini