PRU15: Amanah Perak pertaruh 15 muka baharu

PRU15: Amanah Perak pertaruh 15 muka baharu

ASMUNI Awi (depan, dua dari kiri) pada Majlis Pengumuman Calon PRU15 Amanah Perak di Ipoh, hari ini. - FOTO/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Amanah Perak mengumumkan 15 muka baharu di Perak yang akan bertanding mewakili Pakatan Harapan (PH) di enam kerusi Parlimen dan 20 Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Pengarah Pilihan Raya Amanah Nasional, Datuk Asmuni Awi berkata, daripada jumlah itu, 12 calon bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) manakala tiga lagi calon akan bertanding kerusi Parlimen.

“Kali ini kita menampilkan sembilan calon muda termasuk Ketua Pemuda Amanah Perak, Khairol Najib Hashim, 30.

“Berbanding PRU14, terdapat tambahan lapan kerusi yang kita tandingi (kerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia- Bersatu) PH,” katanya ketika Majlis Pengumuman Calon Amanah bagi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) mewakili PH di Wisma Amanah, di sini hari ini.

Empat penyandang DUN kekal iaitu Asmuni di DUN Manjoi, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (Sungai Rapat), Dr. Muhd. Fadhil Nuruddin (Kamunting) dan Yahaya Mat Nor (Pasir Panjang).

Bekas Timbalan Speaker DUN Perak, Aminuddin Zulkipli yang merupakan penyandang kerusi DUN Behrang digugurkan.

Bagi kerusi Parlimen pula, tiga calon lama dikekalkan termasuk dua penyandang iaitu Pengerusi PH Perak, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof di kerusi Parlimen Parit Buntar dan Datuk Hatta Ramli (Lumut) manakala Dr. Ahmad Termizi Ramli kekal diletakkan di kerusi Parlimen Kuala Kangsar.

Menurut Asmuni, kerusi yang disenaraikan itu berdasarkan pembahagian pada PRU14 dan mengguna pakai formula kerusi-kerusi tradisi yang Pas bertanding sebelum ini.

“Kami juga mengalu-alukan tokoh-tokoh besar daripada komponen PH yang sebelum ini telah mengumumkan beberapa tokoh besar yang akan bertanding di Perak amatlah dialu-alukan dan yakin impak besar akan memberikan kemenangan kepada kami,” katanya.

Sementara itu, ditanya mengenai ketiadaan nama anak kepada bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat iaitu Nik Omar Nik Aziz yang dikatakan akan bertanding di Perak, Asmuni berkata, beliau tiada maklumat mengenai perkara itu.

Katanya, beliau juga tiada maklumat sama ada Nik Omar akan bertanding atas tiket Amanah atau PKR.

“Itu saya tak tahulah,  itu nasional punya isu. Saya tak ada maklumat mengenai dia. Anda boleh tanya dia sendiri,” katanya.

Pada PRU14, Nik Omar bertanding di DUN Chempaka di bawah Parlimen Pengkalan Chepa atas tiket Amanah.

Berikutan ketiadaan nama beliau pada pengumuman senarai calon Amanah Perak hari ini, dikatakan Nik Omar akan bertanding atas tiket PKR di Perak.

Setakat ini PKR Perak belum mengumumkan senarai calon. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.