Pilih calon PRU15 ikut panduan Siyasah Syariyyah

Pilih calon PRU15 ikut panduan Siyasah Syariyyah

DR. WAN SALIM WAN MOHD. NOOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: Para pengundi yang bakal menunaikan tanggungjawab pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dinasihatkan memilih bakal pemimpin dengan cermat dan mengikut panduan berdasarkan ‘Siyasah Syariyyah’.

Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr. Wan Salim Wan Mohd. Noor berkata, berdasarkan Siyasah Syariyyah pengundi dinasihatkan memilih calon yang diketahui sebagai seorang yang beriman, tidak mengabaikan kewajipan agama, taat beribadah, berakhlak mulia dan menghindari perbuatan-perbuatan maksiat.

Katanya, calon yang bakal dipilih juga hendaklah seorang yang ikhlas untuk berkhidmat dan bersedia membela nasib rakyat serta berjuang untuk mencapai kepentingan rakyat.

”Calon itu juga perlulah seorang yang beramanah dan berintegriti, tidak rakus kepada harta benda atau mengambil kesempatan daripada kedudukannya untuk menimbun kekayaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata,  pengundi dinasihatkan tidak memilih seseorang yang diketahui sebagai pengkhianat kepada negara, agama dan rakyat.

”Jangan juga memilih semula orang yang terbukti tamak kepada kekayaan untuk diri, keluarga dan kroni dengan mengabaikan nasib rakyat.

”Selain itu, jangan memilih calon daripada kalangan yang menyeru atau memperjuangkan maksiat seperti penyokong LGBT. 

”Pilihlah pemimpin yang cakna kepentingan masyarakat dan prihatin kepada kesusahan mereka tanpa mengira latar belakang etnik dan agama,” katanya.

Menurut beliau, Islam juga tidak melarang umatnya mencalonkan orang bukan Islam sebagai pemimpin sekiranya calon itu tidak memusuhi agama dan umat Islam atau yang diyakini akan memberi khidmat yang baik kepada negara dan rakyat.

Dalam pada itu katanya, gabungan antara pemimpin senior dan muda juga diperlukan memandangkan Rasulullah SAW juga menggandingkan kedua-dua golongan itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya