4 pemimpin Amanah ‘digugurkan’ PRU15 - Utusan Malaysia

4 pemimpin Amanah ‘digugurkan’ PRU15

HANIPA Maidin
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak empat pemimpin daripada Parti Amanah Negara (Amanah) digugurkan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Empat pemimpin tersebut adalah penyandang kerusi Parlimen Sepang, Hanipa Maidin; Temerloh, Datuk Mohd. Anuar Mohd. Tahir; Hulu Langat, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus dan Tampin, Datuk Dr Hasan Bahrom.

Pengganti pemimpin-pemimpin tersebut adalah Raj Munni Aiman Athirah (Sepang), Mohd Hasbie Muda (Temerloh), Mohd Sany Hamzan (Hulu Langat) dan Muhammad Faiz Fadzil (Tampin).

Dalam perkembangan lain, Amanah mengumumkan 54 kerusi dan Presidennya, Mohamad Sabu kekal bertanding di Parlimen Kota Raja untuk mempertahankan kerusi yang disandangnya.

Timbalan Presidennya, Datuk Seri Salahuddin Ayub dan Naib Presidennya, Datuk Seri Mujahid Yusof masing-masing kekal bertanding di kerusi disandang mereka iaitu Parlimen Pulai serta Parit Buntar.

Penyandang kerusi Parlimen Shah Alam, Khalid Samad pula berpindah ke Titiwangsa dan digantikan dengan Azli Yusof. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya