Warisan ada peluang menang pilihan raya di Semenanjung

Warisan ada peluang menang pilihan raya di Semenanjung

Parti Warisan (Warisan) yakin ada peluang menang di beberapa kerusi Parlimen di Semenanjung dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Parti Warisan (Warisan) yakin mempunyai peluang menang di beberapa kerusi Parlimen di Semenanjung dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Naib Presidennya, Datuk Wong Hon Jun mele­takkan keyakinan itu melihatkan calon-calon parti yang akan diketengahkan selain mempunyai strategi tersendiri untuk meluaskan pengaruh di negeri-negeri di Semenanjung.

Katanya, kekalahan Warisan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor sebelum ini tidak wajar dijadikan contoh duluan yang parti itu tidak mampu membawa kemenangan kerana situasi di peringkat negeri berbeza dengan Parlimen.

“Tidak, memang ada peluang (Warisan menang di Semenanjung). Kekalahan kami di Johor sebelum ini kerana kami cuma ada masa tiga minggu sahaja sebelum bertanding.

“Inilah masalahnya, kerana kami tiada bajet yang cukup, tidak mempunyai cawangan dan jentera sebab kami sebenarnya tiada keinginan mahu bertanding di sana,” katanya ketika dihubungi semalam.

Utusan Malaysia menghubungi Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal bagi berkongsi perkembangan terkini mengenai calon-calon pilihan raya, bagaimanapun tidak berjaya kerana mesej pesanan ringkas tidak dibalas.

Semasa Perhimpunan Agung Tahunan 2021 Warisan di Dewan Hongkod Koisaan, Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA), di sini, pada Ogos lalu, Warisan dilaporkan sudah mengenal pasti calon di 26 kerusi Parlimen, iaitu 25 di Sabah dan satu kerusi di Labuan.

Bagaimanapun, tiada kenyataan jelas mengenai kerusi-kerusi Parlimen yang akan dipertandingkan parti itu di Semenanjung.

Dalam perkembangan lain, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Aru itu tidak merancang bertanding kerusi Parlimen, namun beliau tidak menolak jika presidennya memilih supaya beliau bertanding di Parlimen. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×