Tak tiru Faizal Tahir pun – Ryan Deedat - Utusan Malaysia

Tak tiru Faizal Tahir pun – Ryan Deedat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAMPIL dengan single baharu, Menuju Hatimu, penyanyi, Ryan Deedat seperti mengubah laluan seninya. 

Jika sebelum ini, dia berani bereksperimen dengan pelbagai genre seperti reggaeton dan hip hop, tetapi kali ini dia memilih balada. 

Pembaharuan yang dilakukannya itu mendapat pujian peminat, apatah lagi jejaka berusia 30 tahun ini sudah lama tidak mengeluarkan single solo baharu. 

Namun, sudah namanya artis, pujian hadir berselang kritikan. Ryan dikatakan cuba meniru mentornya, Faizal Tahir sehingga ada yang mendakwa Menuju Hatimu mempunyai vibe dan elemen ikonik Faizal. Jawablah mendapatkan Ryan. Betul ke Ryan meniru Faizal Tahir?

Bila dengar lagu baharu, Menuju Hatimu, ada sesuatu yang berbeza, terutama dari sudut pemilihan genre. Sebelum ini, Ryan lebih kepada lagu rancak, kenapa kali ini balada? 

Ketika masuk industri lima tahun lalu, saya sudah tetapkan sampai suatu ketika, saya mahu mencapai fasa baharu. Saya sudah mencuba pelbagai genre dan langkah itu ada baik buruknya. Cuma, kali ini saya mencuba genre Brit-pop dan balada. Mungkin dengan cara ini, orang lebih mengenali Ryan Deedat. Peminat juga terkejut, tetapi pada masa sama, menyokong perubahan itu. 

 

Adakah Ryan menganggap eksperimen pelbagai genre sebelum ini sebagai kesilapan? 

Boleh dikatakan begitu. Mungkin silap saya kerana tidak tetap pada satu genre atau laluan. Saya suka mencuba genre berbeza sehingga ada yang keliru, ke mana arah muzik saya. Disebabkan itu, bermula Menuju Hatimu, saya akan kekal dalam satu genre. Saya mahu menonjolkan identiti dan trademark tersendiri. Saya harapkan, lagu ini menjadi penjenamaan semula saya dalam industri.

Dalam pujian, ada juga dakwaan kononnya Ryan cuba meniru Faizal Tahir. Lagu, melodi dan suara pun dikatakan sama dengan penyanyi tersebut? Boleh komen?

Saya tidak boleh nafikan, pengaruh muzik Faizal itu ada. Saya banyak belajar daripada Faizal, sementelah dia juga terkenal dengan genre Brit-pop dan balada. Bunyi itu ada, tetapi tidak sama. Kalau dikatakan meniru itu, tidak. Saya menonjolkan identiti sendiri yang mungkin pada pendengaran orang ada vibe Faizal.

Jarang sekali nama Ryan terpalit dengan kontroversi. Adakah Ryan terlalu berjaga-jaga untuk memastikan situasi ‘aman’ ini? 

Tidak takut terlalu sunyi diari seni Ryan? Sejujurnya, memang saya terlalu berjaga-jaga. Sedaya mungkin, saya cuba mengelak daripada dihambat kontroversi. Ramai yang cakap, kontroversi sedikit sebanyak membantu publisiti seseorang artis, tetapi saya menjual bakat. Ada keburukan dan kebaikan kontroversi itu, cuma tidak mungkin saya mencari cerita sensasi sendiri. Nak buat gimik pun, saya tidak pandai. 

Boleh kongsikan perancangan Ryan selepas ini? Mungkin ada pelan keluarkan album pula? 

Album? Belum lagi. Saya merancang untuk mengeluarkan single demi single bermula Menuju Hatimu. Mungkin hujung tahun ini atau awal tahun depan, saya akan keluar dengan single lain. Material sudah ada, genre pun sama.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya