SPRM tahan pegawai polis rasuah RM100,000 - Utusan Malaysia

SPRM tahan pegawai polis rasuah RM100,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan tiga individu termasuk Inspektor dan Sarjan polis kerana disyaki meminta rasuah berjumlah RM100,000 daripada seorang pegawai polis kononnya bagi menutup kes yang sedang disiasat SPRM.

Menurut sumber, seorang lagi suspek yang ditahan tersebut merupakan pengurus pentadbiran syarikat yang berperanan sebagai orang tengah bagi meminta dan menerima wang rasuah itu.

Katanya, pengurus syarikat berkenaan ditahan pagi semalam di sekitar Kuala Lumpur ketika menerima wang rasuah berjumlah RM50,000 iaitu sebahagian daripada jumlah yang diminta daripada mangsa.

Susulan itu, SPRM menahan Inspektor dan Sarjan polis yang berusia lingkungan 30-an itu antara pukul 7 petang ke 12 tengah malam semalam, juga di sekitar ibu kota bagi membantu siasatan.

Pengurus syarikat tersebut direman selama empat hari bermula semalam sehingga 12 September setelah pihak SPRM membuat permohonan reman di Mahkamah Majistret Putrajaya semalam.

Bagaimanapun, difahamkan pegawai dan anggota polis tersebut telah dibebaskan setelah keterangan mereka diambil.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim ketika dihubungi mengesahkan mengenai penahanan tersebut.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya