Pengunjung MAHA teruja pandu bot nelayan

Pengunjung MAHA teruja pandu bot nelayan

FATIH Ni’mal Amir teruja ketika mencuba simulasi bot nelayan di pameran Malaysian Seafood Exposition (MySE) sempena MAHA 2022. - UTUSAN/KAMARIAH KHALIDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERDANG: Simulasi bot nelayan dengan dilengkapi tiga televisyen LED ternyata menarik minat ramai pengunjung cilik pameran Malaysian Seafood Exposition (MySE).

Ruang pameran kendalian Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) itu bukan sahaja memberi peluang kepada generasi muda untuk merasai pengalaman memandu bot kelas C seperti di laut dalam, malah turut mendedahkan mereka mengenai industri nelayan.

Ketua Pengarah LKIM, Yusoff Othman berkata, MySE tampil lebih interaktif dalam Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022 untuk menarik lebih ramai penyertaan belia dan kanak-kanak.

Menurutnya, selain simulasi bot nelayan, MySE turut menyediakan paparan virtual reality (VR) bagi pengalaman memancing dan pendaratan ikan.

“Program interaktif itu dibawa khas sempena pameran kali ini bagi menarik pengunjung untuk merasai sendiri pengalaman sebagai seorang pemandu bot nelayan.

“Kita juga ada ruangan ‘Kingdom of Seafood’ yang memaparkan pelbagai spesies ikan sesuai bagi mereka yang ingin menambah pengetahuan mengenai industri berkenaan,” katanya ketika ditemui di Dewan A Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang semalam.

Dalam pada itu, seorang pengunjung cilik, Fatih Ni’mal Amir, 9, begitu teruja ketika mencuba simulasi memandu bot nelayan tersebut.

“Rasa macam betul-betul ada di tengah lautan, bukan sahaja dapat pandu tetapi saya juga sempat menurunkan alatan menangkap ketam dan memarkir bot di jeti,” ujar kanak-kanak itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.