Isu warganegara anak  wanita Malaysia  berkahwin di luar negara diberi perhatian   - Utusan Malaysia

Isu warganegara anak  wanita Malaysia  berkahwin di luar negara diberi perhatian  

RINA HARUN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat memberi jaminan akan membela tuntutan wanita Malaysia yang berkahwin dengan lelaki warga asing di luar negara mendapat status kewarganegaraan secara automatik buat anak pasangan itu.

Datuk Seri Rina Harun berkata, ini kerana beliau melihat ada keperluan supaya advokasi untuk meminda Perlembagaan Persekutuan dilakukan  secara lebih agresif supaya ibu berkenaan mendapat hak setara dengan bapa dalam hal kewarganegaraan anak. 

Malah, menurut beliau, isu status kewarganegaraan anak-anak kepada wanita Malaysia yang tergolong dalam nasib berkenaan sentiasa menjadi perhatian kementerian selaras dengan Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC) dan Konvensyen Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (CEDAW).

“Isu berhubung status warganegara anak yang dilahirkan wanita Malaysia yang berkahwin dengan bukan warganegara di luar negara merupakan isu yang saya perjuangkan dan ikuti secara dekat.

“Malah saya pernah mencadangkan supaya kerajaan menarik semula rayuan terhadap keputusan penghakiman oleh Hakim Mahkamah Tinggi yang membenarkan kewarganegaraan diberi secara penguatkuasaan undang-undang.

“Walaupun keputusan baru-baru ini menghampakan terutama bagi wanita-wanita warganegara yang berkahwin dengan lelaki bukan warganegara, namun kita perlu menjunjung prinsip rukun negara ketiga keluhuran perlembagaan dan menghormati proses undang-undang,” kata beliau dalam kenyataan hari ini.

Kata Rina,  keputusan tersebut belum muktamad dan perayu boleh membawa kes itu ke Mahkamah Persekutuan.

Pada 5 Ogos lalu, Mahkamah Rayuan Putrajaya memutuskan bahawa kanak-kanak yang dilahirkan di luar negara oleh ibu warganegara Malaysia yang berkahwin dengan warga asing tidak layak untuk mendapat kewarganegaraan secara automatik. 

Panel hakim terbabit turut memutuskan mana-mana anak plaintif yang telah mendapat kewarganegaraan selepas keputusan Mahkamah Tinggi sebelum ini, kewarganegaraan itu kekal sehingga kes itu diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan. 

Bagi permohonan-permohonan plaintif yang masih diproses, permohonan tersebut perlu `dibekukan’ sehingga kes dimuktamadkan.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya