Isu warganegara: Hentikan pindaan Perlembagaan `kejam' kata NGO - Utusan Malaysia

Isu warganegara: Hentikan pindaan Perlembagaan `kejam’ kata NGO

NGO bantah cadangan kerajaan pinda perlembagaan berkaitan pemberiaan kewarganegaraan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ibu bapa, waris dan penjaga kepada individu tanpa kewarganegaraan `tertekan’ terhadap cadangan pindaan perlembagaan yang didakwa jika diluluskan sebagai lebih `kejam’ untuk anak-anak malang itu mendapat kerakyatan.

Antara pindaan dicadangkan ialah meminda Jadual Kedua, Bahagian II Seksyen 1(e) yang memberikan kewarganegaraan kepada setiap individu yang dilahirkan di Malaysia melalui kuat kuasa undang-undang dan Jadual Kedua, Bahagian III, Seksyen 19(b) yang turut memberikan kanak-kanak terbiar kewarganegaraan melalui kuat kuasa undang-undang.

Development of Human Resources for Rural Areas Malaysia (DHRRA) menerusi media sosial dalam respon jika pindaan tersebut menjadi berkata, tindakan kerajaan itu akan menyebabkan Malaysia akan terus dibanjiri individu terutama kanak-kanak tanpa warganegara.

Menurut DHRRA, walaupun Perlembagaan Persekutuan menjamin taraf kewarganegaraan di bawah Perkara 14 seperti kenyataan Menteri Dalam Negeri di Parlimen namun permohonan taraf kewarganegaraan di bawah perkara 15A Perlembagaan Persekutuan Pendaftaran Kewarganegaraan Dalam Keadaan Khas memberi kuasa kepada Menteri Dalam Negeri untuk mempertimbangkan permohonan.

Kata kenyataan itu, menteri sepatutnya menggunakan kuasa tersebut untuk membantu individu malang tersebut dan bukannya terus membiarkan mereka hidup tanpa kewarganegaraan.

Selain itu, pertubuhan bukan kerajan itu memohon supaya Kementerian Dalam Negeri (KDN) mempercepatkan mempercepatkan proses permohonan kewarganegaraan yang dihantar pada tahun 2014, 2015, 2016, 2017, 2018, 2019, 2020 dan 2021.

“Setiap permohonan kewarganegaraan di bawah Perkara 15A harus di proses dalam tempoh setahun,” kata DHRRA.

Kata DHRRA, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan mengeluarkan Sijil Kelahiran Bukan Warganegara kepada anak-anak luar perkahwinan ( bapa warga Malaysia dan ibu bukan warganegara) dan kanak-kanak terabai.

GUSAR

Dalam pada itu, Stateless Malaysians Citizenship Movement (SMCM) berkata, pihak mereka gusar dengan tindakan kerajaan yang bersungguh-sungguh mahu membuat lapan pindaan yang dianggap sensitif terhadap individu tanpa warganegara.

“Undang-undang kita, walaupun dilindungi dalam Perlembagaan Persekutuan tetapi enggan mengiktiraf anak yang dilahirkan sebagai warganegara.

“Sistem tersebut mengecewakan selain masyarakat turut menjauhi mereka,” kata SMCM di media sosialnya hari ini.

Beberapa NGO kini juga dilihat melakukan kempen di media sosial merayu kerajaan menghentikan pindaan perlembagaan yang akan menyukarkan lagi golongan tersebut mendapat kewarganegaraan.

Ahli Parlimen Ipoh Timur, Howard Lee pula mendakwa, ramai individu tanpa kewarganegaraan kini bmbang dengan cadangan pindaan perlembagaan berkaitan pemberian kerakyatan.

Kata Howard, tindakan kerajaan itu mungkin boleh membawa kepada insiden penyokong kerajaan akan bertindak menentang arus.

“Renungkanlah,” ciap Lee di X hari ini tanpa mengulas lebih lanjut.

Rabu lalu ketika Saifuddin menyampaikan penggulungan di Dewan Rakyat, Howard mempersoalkan sama ada KDN berhasrat untuk menerima pakai pendekatan terpisah terhadap cadangan pindaan berkenaan atau sebaliknya.

Ahli Parlimen Ipoh Timur turut memaklumkan terdapat bantahan daripada pengkritik dan masyarakat sivil terhadap cadangan pindaan berkenaan.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya