Hisyam masih gigih memohon penangguhan

Rayuan akhir Najib: Hisyam masih gigih memohon penangguhan

Hisyam Teh Poh Teik dalam sidang akhbar selepas sesi perbicaraan rayuan sabitan dan hukuman penjara kesnya berhubung penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta di Mahkamah Persekutuan. - FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Walaupun dikecewakan beberapa kali, peguam bela, Hisyam Teh Poh Teik masih meneruskan usaha untuk mendapatkan penangguhan.

Terbaharu, beliau cuba menangguhkan kes berkenaan yang dijadualkan bersambung Selasa depan kepada Khamis (25 Ogos) atas alasan beliau mempunyai kes lain yang perlu diuruskan.

“Tuan Haji (Hisyam), seperti yang saya nyatakan sebelum ini, tiada penangguhan akan diberikan. Dalam rekod mahkamah, awak juga masih peguam (Najib),”kata Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat.

Hisyam sebelum mahkamah berhenti bersidang menyatakan, beliau tidak akan membuat sebarang hujahan balas.

KHN: Awak ada tiga hari, Sabtu, Ahad dan Isnin untuk bersedia. Tidak perlu memfailkan hujahan bertulis, hujah sahaja secara lisan.
Hisyam: Saya tidak akan membuat hujahan.

KHN: Walaupun secara lisan?
Hisyam: Walaupun secara lisan.

UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya