Peniaga rugi lebih RM1 juta ditipu 'pegawai LHDN' - Utusan Malaysia

Peniaga rugi lebih RM1 juta ditipu ‘pegawai LHDN’

Kamarul Zaman Mamat
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seorang peniaga wanita mengalami kerugian lebih RM1 juta selepas terpedaya dengan sindiket Macau Scam yang menggunakan modus operandi dengan menyamar sebagai pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Mei lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, pihaknya menerima aduan daripada mangsa yang berusia 50 tahun itu, semalam.

Menurutnya, ‘pegawai LHDN’ menghubungi mangsa pada Mei lalu dan menakut-nakutkan mangsa dengan memberitahu wanita itu mempunyai tunggakan cukai atas nama syarikat milik mangsa.

“Mangsa yang terpedaya dengan kata-kata suspek mengikut arahan dengan membuat pembayaran 23 transaksi berbeza menerusi mesin deposit tunai berjumlah RM900,000 ke dalam 16 akaun berbeza.

“Mangsa kemudian turut menyerahkan akses perbankan dalam talian akaun bank berkenaan kepada suspek. 

“Kemudian, pada 16 Julai lalu, pengadu membuat semakan akaun bank miliknya dan mendapati tujuh transaksi berjumlah RM122,300 dipindahkan tanpa pengetahuannya kepada beberapa pihak yang tidak kenali,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Kamarul Zaman memberitahu, mangsa hanya mengesyaki ditipu pada 16 Julai lalu sebelum membuat laporan polis dan memaklumkan kerugian keseluruhan berjumlah RM1,022,300.

Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan iaitu menipu termasuk meliputi penglibatan ‘keldai akaun,’ katanya sambil menasihati orang ramai supaya lebih berhati-hati dan tidak mudah percaya dengan panggilan telefon individu yang mendakwa sebagai pihak berkuasa.

Orang ramai boleh menggunakan perkhidmatan disediakan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) iaitu CCID Scam Response Centre, CCID Infoline, semak mule dan juga Facebook JSJK Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi mendapatkan maklumat jenayah komersial. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya