Penerbit rancang hasilkan sekuel Mat Kilau

Penerbit rancang hasilkan sekuel Mat Kilau

BARISAN pelakon yang membintangi filem Mat Kilau - Kebangkitan Pahlawan. - UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pengarah Urusan Studio Kembara, Abdul Rahman Mt. Dali mengesahkan akan menghasilkan sekuel kepada filem pecah panggung, Mat Kilau – Kebangkitan Pahlawan.

Abdul Rahman berkata, filem tersebut menjadi antara perancangan yang akan diusahakan pada masa akan datang.

“Ya, kita akan sambung. Bahkan skripnya sudah pun siap ditulis.

“Saya jangka penceritaan untuk filem kedua akan menjadi lebih menarik,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Mat Kilau – Kebangkitan Pahlawan mendominasi tangga teratas sebagai filem tempatan paling laris setakat ini dengan jumlah kutipan terkini sebanyak RM51.8 juta selepas 13 hari ditayangkan di seluruh negara serta Singapura dan Brunei.

Dalam pada itu, Abdul Rahman juga berkongsikan tentang perancangannya untuk menghasilkan sebuah filem tambahan kepada filem Mat Kilau pertama.

“Ini perancangan kita untuk kembangkan penceritaan filem pertama, mengangkat watak lain yang berkaitan dengan Mat Kilau.

“Filem itu akan menjadi filem sokongan sebelum Mat Kilau 2 dihasilkan nanti. Kita tak boleh ceritakan semuanya lagi. Semua masih dalam perancangan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya