Indonesia henti hantar pekerja ke Malaysia - Utusan Malaysia

Indonesia henti hantar pekerja ke Malaysia

Indonesia membuat kejutan menghentikan proses menghantar kemasukan pekerjanya ke Malaysia. -GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Indonesia membuat kejutan apabila menghentikan proses kemasukan semua pekerjanya ke Malaysia berkuat kuasa semalam iaitu hanya kira-kira tiga bulan selepas memeterai mememorandum persefahaman (MoU) mengenai kemasukan pekerja asing dari republik itu.

Keputusan itu dibuat setelah Indonesia mendakwa Malaysia melanggar salah satu perjanjian dalam MoU apabila didapati masih meneruskan System Maid Online (SMO) yang sepatutnya dihentikan, sebaliknya menggunakan menggunakan satu saluran iaitu One Channel System (OCS).

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Presiden Persatuan Agensi Pekerjaan Malaysia (Papa), Datuk Foo Yong Hooi turut mengesahkan perkara tersebut.

“Saya dapat tahu Indonesia buat keputusan untuk hentikan kemasukan pekerjanya. Perkara ini dimaklumkan oleh pihak kerajaan republik itu,” katanya ketika dihubungi semalam

Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Hermono berkata, beliau sudah memaklumkan perkara itu kepada Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan.

Katanya, permohonan pekerja yang telah diluluskan boleh bekerja di Malaysia namun tiada sebarang pengambilan baharu buat masa ini.

Malah, katanya, Indonesia kekal dengan keputusannya jika tiada tindakan diambil oleh kerajaan Malaysia.

Pada 1 April lalu, Malaysia dan Indonesia menandatangani MoU berhubung Pengambilan dan Perlindungan Pekhidmat Domestik Indonesia (PDI).

MoU itu antaranya memperuntukkan pengambilan pekerja melalui satu saluran sahaja, gaji minimum RM1,500 dan pendapatan minimum calon majikan RM 7,000.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN