Aktiviti godam tidak dapat dilakukan ketika gangguan elektrik - Utusan Malaysia

Aktiviti godam tidak dapat dilakukan ketika gangguan elektrik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Orang ramai dinasihatkan supaya tidak berasa khuatir dengan sebarang aktiviti pencerobohan dan penggodaman sistem peribadi termasuk perbankan susulan gangguan elektrik di beberapa kawasan di sekitar Lembah Klang di sini hari ini.

Satu sumber memberitahu Utusan Malaysia, aktiviti penggodaman dan pencerobohan komputer tidak dapat dilakukan sekiranya sistem berkenaan tidak dihidupkan.

“Jadi orang ramai tidak perlu risau dokumen peribadi dan sistem syarikat mereka terdedah dengan pencerobohan.

“Namun begitu, orang ramai masih perlu berhati-hati agar tidak mendedahkan sebarang maklumat peribadi mereka kepada mana-mana pihak menyamar sebagai pegawai bank yang memaklumkan perlu mendapatkan butiran peribadi pelanggan untuk dikemas kini ke dalam sistem akibat terjejas ketika gangguan elektrik berkenaan,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu, pelbagai kawasan di Lembah Klang berdepan masalah gangguan bekalan elektrik besar-besaran, dengan beberapa kawasan dalam keadaan gelap.

Berdasarkan maklumat di media sosial, kawasan terjejas termasuk Petaling Jaya, Shah Alam, Bangi, Selayang, Cheras dan Bandar Sunway.

Masalah gangguan bekalan elektrik berlaku ketika hujan lebat melanda Lembah Klang.

Laporan turut mengatakan gangguan bekalan elektrik berlaku di Pahang, Kedah, Negeri Sembilan, Perak dan Pulau Pinang.

Di Twitter, gangguan bekalan elektrik turut dilaporkan berlaku di Kuantan, Seremban, Manjung, Ipoh, Nilai dan Sungai Petani. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.