Remaja 14 tahun antara 22 individu ditahan 

Remaja 14 tahun antara 22 individu ditahan 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak 22 individu termasuk remaja berusia 14 tahun ditahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi operasi khas Samseng Jalanan, Op Had laju, Op Motosikal dan Op Mabuk di sekitar ibu negara bermula Jumaat hingga Ahad lalu.

Menerusi operasi yang dijalankan di Jalan Raja Laut, Jalan Tun Razak, Jalan Kuching dan Lebuhraya Damansara-Ulu Klang dekat sini itu, sebanyak 463 saman dikeluarkan.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Superintenden Zulkafli Chek Lah berkata, semua lelaki berusia dalam lingkungan 23 tahun hingga 59 tahun itu ditahan di bawah Seksyen 45(A) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana memandu di bawah pengaruh alkohol.

Selain itu, kata beliau, sebanyak sembilan ‘mat rempit’ berusia lingkungan 14 tahun hingga 21 ditahan dalam Op Samseng Jalanan kerana menunggang secara berbahaya dan melakukan aksi ‘zig-zag’, ‘Superman’ serta bersaing.

“Kesemua tangkapan dibawa ke Balai Polis Trafik, Kuala Lumpur dan akan dituduh di bawah Seksyen 42(1) APJ 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya sehingga mengganggu pengguna jalan raya lain.

“JSPT Kuala Lumpur terus mempertingkat operasi di hujung minggu bagi mencegah dan membanteras sepenuhnya aktiviti samseng jalanan serta menjaga keselamatan pengguna jalan raya,” katanya di sini hari ini. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya