Polis jumpa batu konkrit dipercayai digunakan dalam kes bunuh wanita

Polis jumpa batu konkrit dipercayai digunakan dalam kes bunuh wanita

MIOR FARIDALATRASH WAHID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Polis menjumpai seketul batu konkrit dipercayai digunakan sebagai senjata dalam kes pembunuhan seorang wanita yang mayatnya ditemukan terbakar di tepi sungai dekat Kampung Talang Lama, Kuala Kangsar semalam.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, batu dengan kesan darah itu dijumpai berhampiran mayat yang masih belum dikenal pasti identitinya.

“Pemeriksaan awal pada mayat mangsa menjumpai terdapat satu kesan luka pada bahagian atas kepala sebelah kanan.

“Kita percaya, batu yang mempunyai kesan darah itu adalah senjata yang digunakan untuk mencederakan kepala si mati,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut Mior Farid, berdasarkan penelitian awal, mangsa dipercayai dibunuh dan dibakar dalam tempoh tidak lebih 24 jam sebelum mayatnya dijumpai.

Ujar beliau, ekoran mangsa dijumpai tanpa pengenalan diri, pihak forensik Hospital Kuala Kangsar akan melakukan x-ray dan pemeriksaan gigi si mati terlebih dahulu.

Katanya, pada masa sama, pihak polis juga akan merakam cap jari simati untuk dianalisis.

“Pakar dental akan membuat pemeriksaan pergigian yang mana hasil analisis itu memerlukan perbandingan dengan rekod pergigian seseorang manakala keputusan cap jari akan diperoleh dalam masa terdekat.

“Bedah siasat ke atas mayat mangsa akan dijalankan esok di Unit Forensik Hospital Kuala Kangsar. Siasatan kes dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

Tambahnya, setakat ini pihaknya tidak menerima laporan berkaitan orang hilang yang boleh dikaitkan dengan penemuan mayat berkenaan.

Media sebelum ini melaporkan mayat dipercayai seorang wanita dijumpai orang awam pada pukul 3.05 petang semalam di tepi sungai dekat Kampung Talang Hulu, Kuala Kangsar. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya