KANGAR : Pembaharuan politik UMNO dan Barisan Nasional (BN) Perlis yang dimulai dengan pelantikan Datuk Seri Azlan Man sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO negeri disifatkan sebagai satu permulaan kepada pembaharuan politik negeri ini, sekali gus menamatkan dominasi sistem politik lama dan warlord. Ahli Jawatankuasa Biro Penerangan UMNO negeri, Nor Halmey Hamdah berkata, dominasi sistem politik lama dan warlord itu secara tidak langsung menjejaskan perancangan pembangunan negeri dan parti. Katanya, adalah menjadi…










