Fahmi Zainol kekal Ketua AMK Permatang Pauh - Utusan Malaysia

Fahmi Zainol kekal Ketua AMK Permatang Pauh

FAHMI ZAINOL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Calon Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) daripada pasukan Ayuh Anak Muda, Fahmi Zainol berjaya mengekalkan kedudukan sebagai Ketua AMK Permatang Pauh.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, calon Ketua AMK itu berkata, itu merupakan keputusan tidak rasmi.

“Undian terhadap keseluruhan pasukan Ayuh Anak Muda AMK Permatang Pauh mendahului kumpulan Seangkatan.

“Walaupun tidak rasmi, kiraan awal dari data pasukan kami menunjukkan kemenangan berpihak pada kumpulan kami.

“Itu maksudnya, saya berjaya mengekal kedudukan sebagai Ketua AMK Permatang Pauh,” katanya.

Pasukan Ayuh Anak Muda merupakan pasukan AMK yang mendapat sokongan atau telah diangkat sebagai ‘cai’ calon Timbalan Presiden, Rafizi Ramli.

Fahmi menang bersama calon timbalan AMK, Zulkifli Md Yusop yang merupakan lawannya pada tempoh pemilihan yang lalu namun bekerjasama dalam pemilihan kali ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya