Pertempuran sebenar UMNO lawan Bersatu

(ANALISIS) Pertempuran sebenar UMNO lawan Bersatu

PRN JOhor
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISU di setiap 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor tidak serupa.

Timur Johor berkisah tentang Felda, kepayahannya. Tengah negeri itu pula dengan cerita upaya ekonominya.

Bacaan (reading) sentimen di seluruh kerusi berbaki lima hari kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ini menjelang 12 Mac, 50:50. Seimbang menang, kalah antara penyandang dan pesaing. Penyandang? Ya, tiada parti boleh mendakwa begitu kerana kedudukan sebelum DUN bubar 22 Januari, 28-27.

Memuatkan artikel berkaitan…

Setakat semalam pertempuran sebenar terarah Barisan Nasional (BN) lawan Perikatan Nasional (PN). Pakatan Harapan (PH) yang diuar-uarkan mencabar hanya DAP menggigit. Dua lagi, PKR dan Parti Amanah Negara (Amanah) kurang menyerlah. PKR masih mainkan lagu lama. Beretorik dan ke belakang.

ANWAR IBRAHIM

“Mengapa bazirkan wang sampai RM150 juta, bukankah dengan duit itu boleh tolong rakyat? Pilihan raya ini tidak perlu sebab mahu bolot kuasa,” kata Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim setiap kali turun berkempen di lebih 10 PDM PKR/PH beberapa hari lalu.

Tetapi jawab pihak sebelah sana: “Pembaziran sebenar yang lebih tinggi boleh terjadi apabila kerajaan tidak stabil terus dibiarkan mentadbir Johor”.

Pejuang pula membangkitkan isu integriti – asyik membalun Najib. Muhyiddin pula tak terlepas ‘dibahan’ – sebab ‘kalau tidak kerana Muhyiddin (gerakkan Langkah Sheraton 24 Februari 2020), UMNO tidak jadi kerajaan hari ini’. Tetapi kalau tidak ditandatangan SD, tidak pula Muhyiddin kesampaian menjadi PM-8.

Agak sukar Pejuang menyaingi isu-isu pokok rakyat yang lebih berkisar usaha-usaha konkrit keluar dari kemelut ekonomi mendesak ini.

Difahamkan, ramai pelabur tarik brek tangan mahu tunggu dan lihat D-day 12 Mac. Paling minimum parti untuk menang selesa – melepasi 33 kerusi. Lebih cantik lagi mencapai majoriti dua pertiga 38.

BN dan PN lebih tergambar realistik kempen dan jualan mereka. Perjuangan untuk membela nasib peneroka Felda dan bekalan asas rakyat bersahut-sahutan daripada jentera dua gabungan politik ini.

Berbanding Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), dua sekutunya Pas dan Gerakan kurang menyengat. Masih mencari rentak di waktu genting begini. Di saat-saat getir ini pun masih mahu menghentam. Akibatnya tempias kepada rakyat Johor.

ABDUL HADI AWANG

“Kesedaran politik Islam tidak ada di Johor,” kata Abdul Hadi merujuk ramalan pemimpin Pas di Johor masa lalu untuk yakin bertapak di negeri itu meleset, kerana Johor banyak sekolah agama, belajar fardu ain. Gerakan pula masih menerawang mencari-cari fokus, agenda parti.

Saingan dari parti-parti lain, Muda, Warisan dan Parti Bangsa Malaysia (PBM) dipercayai tersekat di tangga rumah.

UMNO bertanding 37 kerusi, sementara Bersatu 33. Melepasi 28 kerusi majoriti mudah sudah cukup mengetuai negeri. Baki lima hari berkempen laluannya penuh ranjau dan berliku. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×