Banjir kilat di 25 kawasan, lebih 500 mangsa dipindah

Banjir kilat di 25 kawasan, lebih 500 mangsa dipindah

KEADAAN air membanjiri jalan di Taman Buana Perdana di Petaling Jaya, Selangor akibat hujan lebat  petang tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Sebanyak 25 kawasan di Selangor merangkumi daerah Gombak, Petaling, Hulu Langat, Kuala Selangor dan Sepang dilanda banjir kilat akibat hujan lebat pada petang tadi.

Perkembangan yang dikemas kini pada pukul 9 malam ini oleh Pusat Operasi Selangor Pintar (SSOC), kawasan yang dilanda banjir adalah seperti berikut:

Gombak:

  1. Taman Rahmat Jaya
  2. Kampung Melayu Sri Kundang, Batu Arang
  3. Sekitar kawasan Pusat Kusta
  4. Kawasan Perindustrian SB Jaya
  5. Kampung Melayu Sri Kundang Blok D, E, E dan F.

Hulu Langat:

  1. Kampung Sungai Rinching Hulu, Semenyih
  2. Kampung Sungai Lui, Batu 20 – 23
  3. Taman Lestari, Seri Kembangan
  4. Kampung Batu 17, Dusun Tua
  5. Desa Mahkota Sungai Kembung Hilir
  6. Kampung Orang Asli Paya Lebar
  7. Kampung Sungai Kantan
  8. Kampung Desa Mahkota, Beranang
  9. Kampung Bangi Lama

Petaling:

  1. Jalan 2/1 dan Jalan 2/2 Bandar Baru Sungai Buloh
  2. Taman Kinrara
  3. Kinrara Court
  4. Taman Buana
  5. USJ 1, Subang Jaya
  6. Kampung Sri Puchong

Kuala Selangor:

  1. Kampung Merbau Indah
  2. Kampung Sri Sentosa
  3. Kampung Sri Aman

Sepang:

  1. Taman Murni Jenderam Hilir
  2. Jalan Tok Dagang, Kampung Sungai Merab
  3. Kampung Orang Asli Batu 28, Jenderam Hilir

Berikutan itu, lebih 500 mangsa melibatkan lebih 100 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS).

Terdahulu, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dalam satu makluman memberitahu, sehingga pukul 8:30 malam, sebanyak lapan PPS dibuka.

Antaranya Dewan Camelia Sek 10 PH, Sekolah Kebangsaan Puchong Indah, Dewan Batu 3, Dewan Kampung Seri Aman dan Dewan Puchong Jaya.

Selain itu, PPS dibuka di Dewan MPS Kampung Melayu Sri Kundang, Dewan PJS 2C/6 dan Dewan PJS 1/35. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya