Nabila Razali tidak terkilan dikecam.

Terkilan? Tidak, cuma… – Nabila Razali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Seperti tidak perlu diperkenalkan lagi dengan penyanyi lagu Peluang Kedua ini. Dia memiliki karisma tersendiri sebagai anak seni tempatan.

Nabila Razali, sepotong nama yang sedia maklum antara salah seorang selebriti yang tidak lari dari lontaran kata-kata tidak enak warganet bahkan sering menerima kecaman.

Seorang wanita tabah, walau dihimpit pelbagai reaksi segelintir netizen yang agak ‘panas’ dengan kerjayanya sebagai seorang penyanyi, namun figura ini dilihat tetap tabah dan tersenyum dalam terus berkarya.

Menurut Nabila yang lebih disapa sebagai Bella, segala komen-komen negatif yang menghujani dirinya adalah langkah buat penyanyi ini untuk menambah baik dan menerima dengan hati terbuka.

“Terkilan, tidak. Cuma bagi saya ia adalah satu perkara yang Bella sendiri tidak boleh lari. Kita sebagai anak seni perlulah terima segala komen dengan hati yang terbuka.

“Baik atau buruk, itu yang membantu kita untuk menambah baik diri atau membina semangat bagi meneruskan hasil karya-karya. Untuk Bella, Alhamdulillah ada yang masih lagi menyokong dan beri maklum balas baik dan positif untuk single baharu.

“Yang memberi komen negatif bagus juga untuk Bella kerana sedikit sebanyak boleh menjadi iktibar untuk tambah baik lagi apa yang kurang,” katanya ketika ditemu bual.

Tambah penyanyi Pematah Hati ini lagi, tidak dinafikan ada baiknya jikalau menerima komen negatif dengan hati terbuka agar dapat dijadikan iktibar, namun ada batasnya juga.

“Bagi saya, kata-kata netizen ada bagusnya. Tetapi mana yang tidak manis untuk didengar itu saya tidak beri perhatian sangatlah.

“Yang mana dapat dijadikan sebagai iktibar, semestinya Bella menjadikan satu semangat untuk tingkatkan lagi nilai diri dan terus berkarya.

“Bella terus kuat dalam industri kerana ini adalah apa yang diimpikan semasa kecil. Bella juga buat untuk keluarga dan para peminat,” tuturnya panjang.

Tak salah mencuba
Rezeki buat penyanyi lagu Putus ini dilihat bertambah luas selepas dirinya kini bergelar sebagai pelakon.

Tidak hairanlah, Nabila juga agak sibuk dengan pelbagai tawaran lakonan pada masa ini. Sudah ada bakat, buat apa simpan.

Menurut pelakon drama Seindah 7 Warna Pelangi ini, tidak salah seseorang artis itu ingin mencuba dan meneroka perkara baharu dalam industri tanah air.

Bukan setakat berlakon dan menyanyi sahaja, dia turut akan mengapai peluang yang ada untuk mencorak lagi bakat yang tersemat dalam dirinya, pada masa akan datang.

“Untuk Bella, sudah semestinya kita perlu sentiasa mencuba perkara baharu dan meneroka sesuatu. Bella tidak rasa seseorang itu terhad kepada sesuatu perkara sahaja.

“Alhamdulillah sebagai penyanyi, Bella sudah mempunyai beberapa buah single dan menjadi siulan anak-anak muda.

“Berlakon pun, banyak yang memberi maklum balas positif juga. Insya-Allah, Bella akan terus mengembangkan lagi bakat yang ada. Bella juga akan meneroka dalam bidang yang lain juga,” katanya.

Ketika ditanya mengenai ada segelintir berpendapat figura ini lebih senang dilihat berlakon berbanding nyanyian, ini reaksinya.

“Bagi Bella, peminat ini datang pelbagai arah. Ada yang minat Bella menyanyi, ada yang minat Bella sebagai seorang pelakon.

“Selepas ini, Bella nak keluarkan novel pula rentetan daripada lagu Putus. Mungkin masa itu ada peminat dari kalangan pembaca novel pula.

“Selanjutnya, Bella teringin juga untuk memasarkan lagu-lagu saya di persada antarabangsa. Sekali gus dapat mengharumkan nama Malaysia dengan lagu berbahasa Melayu,” ujarnya.

Dilantik duta Face mask.

Bagi perkembangan terbaharu penyanyi ini, baru-baru ini Nabila telah dilantik sebagai duta Himaya Premium Hijab Medical Face Mask (Himaya).

Sudah semestinya dia menitipkan rasa syukur kehadrat Ilahi dengan pelantikan itu kerana produk berkenaan bukanlah pelitup muka yang biasa-biasa sahaja, namun dibuat untuk kepentingan kesihatan.

Sekali gus, ia juga dapat memberi manfaat kepada pengguna dalam mengekang penularan wabak Covid-19 yang masih belum reda ini.

“Bella rasa teruja dengan kolaborasi untuk kali ini. bukan sahaja memberi manfaat kepada diri Bella sendiri, tetapi juga kepada semua yang memang sekarang perlu memakai penutup muka jika hendak ke mana-mana.

“Selain daripada pelitup muka yang berkualiti, ia juga ditampilkan dengan pelbagai rekaan yang sudah pasti boleh sepadan dengan pakaian kita.

“Bagi Bella juga, ia didatangkan seiring, cantik dan berkualiti. Malah, rekaan pelitup muka tersebut juga sudah mengikuti apa yang ditetapkan kerajaan,” kongsinya.

Tambah penyanyi lagu Vroom Vroom itu, pelitup muka Himaya juga dapat melindungi solekan kerana rekaannya jauh sedikit daripada bibir yang tidak merosakkan gincu bagi mereka yang bersolek.

Nabila turut menzahirkan rasa gembira kerana diberi peluang bekerjasama bersama Himaya kerana syarikat pengeluar pelitup muka itu, Anggun Kirana Sdn Bhd, begitu prihatin terhadap masyarakat.

“Ketika negara dilanda banjir luas biasa pada Disember lalu, syarikat tampil memberikan sumbangan kepada mangsa banjir,” katanya.

Sekadar informasi, untuk tahun 2022, Himaya melancarkan empat warna baharu iaitu Chic Vintage, Pink Dew, Celadon Green serta Teal In Spring.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya