Pengusaha bengkel motor maut ditikam

Pengusaha bengkel motor maut ditikam

tikam
KESAN darah mangsa yang ditikam dalam kejadian di Titi Serong di Parit Buntar, Perak, hari ini. 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIT BUNTAR: Seorang pemilik bengkel motosikal maut akibat ditikam dengan senjata tajam oleh seorang lelaki dalam kejadian pada kira-kira pukul 2 petang, di Titi Serong, dekat sini hari ini.

Mangsa yang berusia 43 tahun ditikam oleh seorang suspek lelaki di bengkelnya. Difahamkan, mangsa  dirawat di Hospital Parit Buntar sebelum meninggal dunia.

Difahamkan, ketika kejadian isteri mangsa berada di pekan Parit Buntar membeli barang manakala anak mangsa yang merupakan seorang pelajar sekolah menengah, sedang makan tengah hari di bahagian belakang dalam bengkel tersebut.

Mangsa dikatakan mengusahakan bengkel motosikal di premis itu lebih 20 tahun.

Sementara itu, setakat ini polis belum memberi pengesahan atau mengeluarkan kenyataan berhubung kejadian tersebut. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya