KJ nasihat kontak rapat Covid-19 jawab penilaian kendiri di MySejahtera

KJ nasihat kontak rapat Covid-19 jawab penilaian kendiri di MySejahtera

TANGKAP layar rakaman video berhubung nasihat dikeluarkan Khairy Jamaluddin kepada orang awam. 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Luang sedikit masa menjawab borang penilaian kendiri iaitu Health Assessment Tool (HAT) di aplikasi MySejahtera jika disahkan positif atau kontak rapat kepada jangkitan Covid-19.

Itu nasihat dikeluarkan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin kepada orang awam menerusi hantaran rakaman video di Facebook, hari ini. 

Khairy berkata, jika disahkan positif, kontak rapat atau kontak kasual, individu itu menerima notifikasi pada pautan ‘Things To Do’ pada aplikasi MySejahtera. 

Beliau berkata, pada pautan itu boleh mengemas kini gejala dialami dan sentiasa pantau gejala serta tahap kesihatan masing-masing setiap hari. 

“Jika gelaja bertambah serius seperti sukar bernafas, demam berpanjangan, sakit dada dan hilang selera makan, sila hubungi atau terus segera ke fasiliti kesihatan terdekat,” katanya. 

Katanya, ketika ini, semakin ramai saudara dan kenalan yang sedang menjalani kuarantin kerana positif Covid-19 atau menjadi kontak rapat tanpa mempunyai gejala serius.

Justeru, katanya, semua orang perlu berwaspada dan segera melakukan ujian Covid-19 jika mempunyai sebarang gejala bagi melindungi diri dan orang sekeliling.

Khairy berkata, melalui HAT, Kementerian Kesihatan (KKM) boleh memantau keadaan semasa anda dan memberikan panduan tentang langkah seterusnya yang perlu diambil. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN