Balu Allahyarham Harussani meninggal dunia - Utusan Malaysia

Balu Allahyarham Harussani meninggal dunia

GAMBAR dari album keluarga Allahyarham Harussani dan isterinya, Puan Sri Ainon Abdul Ghani yang meninggal dunia di Ipoh hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Balu Allahyarham bekas Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, Puan Sri Ainon Abdul Ghani, 82, meninggal dunia di sebuah hospital swasta di sini hari ini.

Anak Harussani, Datuk Ahmad Wafi berkata, ibunya meninggal dunia kira-kira pukul 3 petang tadi semasa dibawa ke hospital berkenaan untuk mendapatkan rawatan akibat demam.

Menurutnya, ibunya meninggal dunia sebelum sempat mendapatkan rawatan.

“Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Melayu Sungai Rapat di sini pagi esok,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Allahyarham Harussani meninggal dunia pada 30 Mei lalu di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini kerana positif Covid-19.

Allahyarham Harussani meninggal dunia pada usia 82 tahun. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN