Anak Najib Razak mengaku minta kerja, jadi pelatih di Goldman Sachs 

Anak Najib Razak mengaku cuba minta kerja, jadi pelatih di Goldman Sachs 

NAJIB TUN RAZAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Anak kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Noryana Najwa mengakui dia pernah cuba mendapatkan pekerjaan dengan syarikat perbankan antarabangsa, The Goldman Sachs Group Inc. 

Menerusi pautan yang dihantar di Facebooknya semalam, Noryana bagaimanapun diberitahu, ia boleh menimbulkan konflik kepentingan kerana Goldman Sachs menjalankan perniagaan dengan Kerajaan Malaysia. 

“Saya secara peribadi mempunyai minat mendalam dalam dasar-dasar kerajaan dan luar negara (saya berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Politik Antarabangsa dan Dasar Luar dari Universiti Georgetown, Washington DC), jadi saya ingin mencari peranan yang berkait dengan dasar kewangan dan kerajaan,” katanya.

Noryana berkata, dia bertemu dengan dua bekas pekerja Goldman Sachs iaitu Roger Ng dan Tim Leissner sambil menyifatkan, tiada yang lebih bermakna berbanding peluang untuk belajar tentang syarikat itu yang mahukan seorang penganalisis program. 

Justeru, katanya, senior-senior kolej menguji anda (pemohon) dengan melakukan kerja-kerja asas dan rangkaian dengan industri profesional untuk mendapatkan pekerjaan yang kompetitif sepadan dengan minat. 

Katanya lagi, Leissner memperkenalkannya dengan sebuah firma ekuiti persendiri, TPG, yang dikatakan sesuai dengan latar belakangnya dalam bidang polisi. 

“Saya ditemu bual untuk posisi penganalisis pelatih di pejabat TPG, London. Ya, saya, pelatih industri. Ini bermakna, anda di bawah rantaian makanan. Selain skop kerja teras anda, anda juga bertanggungjawab untuk kerja-kerja persiapan (spadework). 

“Andalah gadis PowerPoint, gadis fotostat, gadis kopi dan gadis penghantar hanya untuk menamakan beberapa (tugasan),” katanya.

Bagaimanapun, dia berkata hanya bekerja selama 11 bulan sebagai pelatih sebelum dinaikkan pangkat sebagai penganalisis sepenuh masa dan dipindahkan ke TPG Hong Kong, namun, Noryana meletak jawatan selepas 18 bulan untuk fokus pada perniagaan sendiri dan melanjutkan pelajaran. 

Kelmarin, dalam perbicaraan mahkamah di Daerah Timur New York, Leissner memberitahu bahawa dia dimaklumkan oleh Jho Low bahawa Najib mahu tiga anaknya diberikan pekerjaan di Goldman Sachs. 

Leissner pula dilaporkan menyokong idea tersebut kerana Najib sebagai Perdana Menteri ketika itu ‘berpotensi’ menjadi orang penting untuk Goldman Sachs selain perniagaan di Malaysia adalah salah satu yang terbaik di seluruh Asia. 

Leissner berkata, dia menerima kurikulum vitae (CV) Noryana dan kemudian membantunya mendapatkan pekerjaan dengan TPG. 

Bagaimanapun, Najib menjelaskan tiada seorang pun anaknya ditawarkan pekerjaan oleh Goldman. 

Leissner merupakan saksi utama dalam perbicaraan terhadap pegawainya, Roger Ng, yang dituduh melakukan pengubahan wang haram dan melanggar undang-undang antirasuah berhubung urus niaga 1Malaysia Development Berhad (1MDB). – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya