KWSP catat untung RM48.02 bilion - Utusan Malaysia

KWSP catat untung RM48.02 bilion

kwsp
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencatatkan pendapatan pela­buran kasar RM48.02 bilion un­tuk sem­bilan bulan pertama berakhir 30 September 2021.

Ia merupakan peningkatan 7.7 peratus atau RM3.42 bilion berbanding RM44.60 bi­lion yang dicatatkan dalam tem­­poh sama tahun sebelum­nya.

Menurut KWSP, jumlah pen­­da­patan pe­la­buran kasar suku ketiga berakhir 30 September 2021 mencecah RM13.97 bi­lion, lebih rendah berbanding RM17.33 bilion pada suku sa­ma 2020.

Katanya, ekuiti kekal pe­nyum­bang terbesar 54 peratus daripada jum­lah pen­dapatan pelaburan kasar RM7.50 bilion.

“Sebagai sebahagian daripada polisi dalaman dan langkah berhemah bagi memastikan kemantapan portfolio KWSP, sebanyak RM0.11 bilion turun nilai kos untuk ekuiti ter­senarai telah dicatatkan da­lam suku ketiga, berbanding RM0.13 bilion pada suku sama tahun sebelumnya.

“Setelah mengambil kira tu­run nilai kos, RM13.86 bilion pen­dapatan pelaburan bersih di­rekod pada suku ketiga 2021,” ka­tanya da­lam kenya­taan se­ma­lam.

Ketua Pegawai Ekseku­tif KWSP, Datuk Seri Amir Ham­zah Azizan berkata, pasaran ekuiti domestik dan pasaran baharu muncul pada suku ketiga 2021 adalah tidak menentu, sebahagian besarnya disebabkan kerisauan sekitar peningkatan kadar inflasi dan faedah.

“Pada masa sama, pemulihan berterusan ekuiti dalam ekonomi membangun di sebalik suasana yang tidak menentu telah menyediakan peluang kepada KWSP memanfaatkan keuntungan tambahan,” katanya.

Menurut Amir Hamzah, pelaburan dalam pendapatan tetap menyumbang sebanyak RM5 bilion atau 36 peratus kepada pendapatan pelaburan kasar semasa suku ketiga 2021, iaitu lebih rendah berbanding RM8.18 bilion yang dijana pada suku sama tahun sebelumnya, disebabkan keuntungan dagangan yang lebih rendah.

Kata beliau, ia selari dengan hasil pasaran yang lebih tinggi pada suku ketiga 2021.

“Tekanan inflasi yang berterusan dan peralihan agresif daripada bank pusat telah mendorong peningkatan hasil dalam suku ketiga, lanjutan daripada jangkaan bahawa dasar monetari akan diperketat.

“Suasana kenaikan kadar pulangan bon bukan sahaja telah memberi impak kepada pasaran bon, malah memberi kesan ke atas ekuiti,” katanya.

Mengambil kira prestasi tersebut dan pemulihan ekonomi yang berterusan, pencarum KWSP dijangka menerima agihan dividen 2020 yang lebih kompetitif berban­ding tahun sebelumnya.

Pada 2020, KWSP yang merupakan antara tabung simpanan persaraan tertua dan terbesar di dunia itu mengumumkan kadar dividen sebanyak 5.2 peratus bagi simpanan konvensional dan 4.9 peratus untuk simpanan shariah de­ngan agihan berjumlah RM47.64 bilion.

Setakat suku keempat 2019, KWSP mempunyai lebih 14.5 juta ahli dengan lebih 7.6 juta merupakan pencarum aktif. Dalam tempoh tersebut, caruman tahunan yang diterima oleh KWSP daripada pekerja dan majikan berjumlah RM75.93 bilion. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN