PETALING JAYA: Program Angkasawan Negara yang bermula pada 2006 terus menyepi selepas kejayaan negara menghantar Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS). Selepas 14 tahun berlalu, tiada satu pun perkhabaran mengenainya, terutama perancangan untuk melakukan misi kedua, yang membuatkan ramai pihak membuat pelbagai persepsi. Biarpun ada ura-ura mengatakan negara bakal menggerakkan misi kedua ke ISS, ia terus menjadi tanda tanya. ‘Sudah berkubur’. Itu persepsi orang ramai…










