[PARLIMEN] : Keputusan iktiraf Taliban dibincang dengan semua parti pemerintah - Utusan Malaysia

[PARLIMEN] : Keputusan iktiraf Taliban dibincang dengan semua parti pemerintah

China
KAMARUDIN JAFFAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Keputusan mengiktiraf Taliban sebagai kerajaan Afghanistan yang sah akan dibincang bersama parti-parti pemerintah termasuk Pas.

Timbalan Menteri Luar, Datuk Kamarudin Jaffar berkata, ini kerana Pas merupakan sebahagian daripada kerajaan dan pandangan parti itu perlu diambil kira.

“Keterlibatan Pas dalam menentukan dasar dan pengiktirafan (Taliban sebagai kerajaan Afghanistan). Pas adalah sebahagian anggota Kabinet dan sudah tentu apabila keputusan nak dibuat peranan Pas (diambil kira)seperti juga peranan parti-parti lain dalam kerajaan dan Kabinet dan semua parti-parti lain dimana dalam konteks kita bersama dalam isu penting dimana seluruh dunia bersatu untuk melihat Afghanistan dipulihkan dan sebagainya,”katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Terdahulu, Lim Guan Eng (PH-Bagan) meminta kerajaan menjelaskan adakah pendirian Pas menyokong Taliban di Afghanistan akan mempengaruhi dasar luar negara.

Dalam perkembangan sama, Kamarudin turut menjelaskan, Malaysia akan terus memantau perkembangan di Afghanistan dan pada masa yang sama, Kementerian Luar Negeri juga bersedia menjadi pemudah cara kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Malaysia dalam usaha untuk menghulurkan bantuan-bantuan kemanusiaan kepada rakyat Afghanistan yang memerlukan. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.