LANGKAWI: Proses memindahkan penduduk di penempatan haram Bukit Malut perlu disegerakan bagi mengelakkan lebih banyak sampah hanyut di perairan berdekatan. Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Pelancongan Langkawi, Zainudin Kadir berkata, kedudukan penempatan tersebut di muara sungai menyebabkan sampah yang dibuang oleh penduduk hanyut ke laut ketika air pasang. “Sampah yang dibuang dari perkampungan Bukit Malut akan hanyut ke laut dan apabila air pasang, sampah tersebut akan dihanyutkan ke tengah laut. “Sikap…










