PETALING JAYA: Memasukkan klausa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam Perlembagaan Persekutuan dan mewujudkan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen antara cadangan ke arah mereformasikan suruhanjaya itu agar kembali diyakini umum. Selain itu, pelantikan ahli SPRM wajar dibuat Yang di-Pertuan Agong mengikut perundingan dengan Majlis Raja-Raja tanpa terikat dengan nasihat Perdana Menteri dan Jemaah Menteri. Bercakap kepada Utusan Malaysia, pakar perlembagaan, Dr. Abdul Aziz Bari berkata, kuasa dan bidang SPRM perlu dimasukkan…










