BEIJING: Bank pusat China menggandakan suntikan kasar tunai jangka pendek ke dalam sistem kewangannya selepas kebimbangan krisis hutang China Evergrande Group memberi kesan kepada pasaran global.
Bank Rakyat China (PBOC) menyuntik 120 bilion yuan (RM77.64 bilion) ke dalam sistem perbankannya melalui perjanjian pembelian semua berbalik, menjadikan jumlah suntikan bersihnya sebanyak 90 bilion yuan (RM58.23 bilion).
Ia sepadan dengan jumlah yang dilihat pada Jumaat dan hanya berkurang sedikit berbanding jumlah pada Sabtu.
Sentimen juga terlonjak selepas hartanah dalam pesisir Evergrande mengumumkan rancangan untuk melunaskan faedah bon tempatannya hari ini.
Pakar strategi kanan DBS Bank Ltd., Eugene Low berkata, suntikan bersih PBOC mungkin bertujuan melegakan kebimbangan pasaran berkenaan Evergrande.
“Sementara tujuan tersebut untuk menerapkan disiplin, terdapat juga keperluan untuk mencegah jangkitan kepada ekonomi benar atau sektor lain,” katanya.
China tertekan untuk melegakan kebimbangan pasaran selepas krisis Evergrande menyebabkan ekuiti berkaitan negara itu mengalami kerugian di seluruh dunia.
Indeks penanda aras CSI 300 jatuh sehingga 1.9 peratus semalam selepas Indeks Perusahaan Hang Seng China mengalami kemerosotan terbesar dalam dua bulan pada Isnin lalu.
Kerugian tetap berlaku walaupun penganalisis Wall Street meyakinkan pelabur krisis tersebut tidak akan menyebabkan berlakunya detik Lehman.
Operasi tunai China selama ini menyasarkan keseimbangan antara melonjakkan pertumbuhan yang terkesan akibat pandemik dengan peraturan yang lebih ketat, di samping mengelakkan gelembung aset.
Pihak berautoriti cenderung untuk melonggarkan kawalan terhadap kecairan menuju penghujung suku tahun disebabkan peningkatan permintaan tunai daripada institusi perbankan untuk pemeriksaan regulatori.
Ketua pakar strategi pasaran baharu muncul Asia dan Eropah di TD Securities di Singapura, Mitul Kotecha berkata, terdapat kelegaan apabila suntikan kecairan bersih yang sepatutnya diberikan, walaupun sebahagian daripadanya memerlukan pemeriksaan regulatori penghujung suku tahun.
“Ia menyasarkan kepada kemahuan untuk mengekalkan kecairan yang stabil dalam tempoh ini,” katanya. – AGENSI










