Tiada jawatan Timbalan Perdana Menteri dalam Kabinet Ismail Sabri -

Tiada jawatan Timbalan Perdana Menteri dalam Kabinet Ismail Sabri

ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Barisan Kabinet baharu di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak melibatkan pelantikan Timbalan Perdana Menteri.

Perkara itu diumumkan Ismail Sabri hari ini yang sebelum ini jawatan berkenaan digalas oleh beliau.

“Saya berharap barisan Kabinet ini menjalankan tugas diberikan dengan amanah demi rakyat dan negara,” katanya.

Sebaliknya beliau melantik empat menteri kanan.

Perdana Menteri ketika mengumumkan barisan Kabinetnya memaklumkan, empat menteri kanan itu adalah Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; Menteri Kanan Kerja Raya; Datuk Seri Fadillah Yusof dan Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Mohd. Radzi Jidin.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya