ALOR SETAR: Kerugian harta benda dan infrastuktur kawasan yang terlibat dalam tragedi kepala air di Kuala Muda dan Yan pada 18 Ogos lalu dianggarkan RM75 juta. Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, kerugian itu bersandarkan taksiran awal yang dibuat beberapa pihak berwajib. Menurutnya, bersandarkan maklumat yang diterima didapati sebanyak 1,732 rumah kediaman terkesan dengan kejadian yang disifatkan terburuk dalam sejarah itu. “Selain itu, sebanyak 124 premis perniagaan dan…










