Penyokong dakwa Noor Azmi calon Bagan Serai - Utusan Malaysia

Penyokong dakwa Noor Azmi calon Bagan Serai

PICKids
NOOR AZMI GHAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAGAN SERAI: Penyokong Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali mendakwa penyandang kerusi Parlimen Bagan Serai itu merupakan calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Setiausaha Sulit kepada Dr. Noor Azmi, Norazman Ghazali berkata, tidak timbul soal Bersatu akan merestui calon lain menggantikan Timbalan Menteri Kesihatan itu di sini.

“Saya sentiasa berada di bahagian ini, saya tahu apa yang berlaku dan daripada apa yang saya faham setakat ini calon Bersatu di Parlimen Bagan Serai adalah Tok Mi (Noor Azmi Ghazali).

“Kalau Tok Mi dicalonkan, esok pilihan raya pun kami sudah sedia,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Beliau ditanya mengenai kenyataan Ketua Armada Bersatu, Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal yang mendakwa merupakan calon Parlimen Bagan Serai namun kemudian menafikannya.

Norazman berkata, penyokong Noor Azmi sentiasa berada dalam mood pilihan raya iaitu sejak hari pertama menang pilihan raya umum.

Katanya, mereka sentiasa berkhidmat di kawasan dan bukannya bekerja ikut musim.

“Kebetulan sekarang ini musim durian, kerja politik bukan macam jual durian yang ikut musim. Kalau orang macam itu, dia tak layak jadi wakil rakyat,” katanya.

Menurutnya, calon lawan berpeluang cerah untuk menang di sini jika Bersatu meletakkan calon luar.

“Jika berlaku pertembungan UMNO dan Bersatu dalam PRU-15 di sini, UMNO akan menang besar. Kalau Bersatu letak calon luar, UMNO dah boleh potong bawang siap-siap untuk buat kenduri,” katanya.

Mengenai desas-desus Noor Azmi tidak layak dipilih sebagai calon kerana tiada jawatan dalam Bersatu bahagian di sini, Norazman berkata, semasa bertanding atas tiket Barisan Nasional (BN) pada PRU-13 dan PRU-14, Noor Azmi juga tiada jawatan dalam UMNO. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN