PETALING JAYA: Beberapa perwakilan pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) awam mendedahkan berlaku masalah kemurungan dan tekanan emosi dalam kalangan mahasiswa sepanjang mengikuti pembelajaran secara dalam talian. Ini dibuktikan menerusi peningkatan aduan berhubung masalah tersebut sepanjang pandemik Covid-19 melanda negara. Presiden Kesatuan Pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Muhammad Darwisy Roslan berkata, isu kesihatan mental pelajar IPT sememangnya berlaku dan turut dibincangkan oleh kesatuan pelajar universiti. “Bulan lepas adalah kemuncak di…










