Pernah putus asa kerana capaian internet perlahan - Utusan Malaysia

Pernah putus asa kerana capaian internet perlahan

NORFARHANIS Samsuri (kanan) bersama Samsuri Hamzah menunjukkan keputusan peperiksaan SPM yang disemaknya ketika berada di rumah di Taman Sri Api-Api, Pontian, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN: “Saya pernah berputus asa kerana talian internet ketika mengikuti kelas dalam talian sangat perlahan sehingga menjejaskan tumpuan tetapi cuba kuatkan semangat.”

Demikian luahan Norfarhanis Samsuri, 18, salah seorang pelajar terbaik Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Perhentian yang memperoleh keputusan 5A dan 4B dalam Sijil Pelajaran Malaysia  (SPM) 2020.

Katanya yang mesra dipanggil Anis, banyak cabaran terpaksa dilalui berikutan pandemik  Covid-19 yang menyebabkan kelas secara bersemuka ditangguhkan dan diganti dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR).

“Di sebalik cabaran dan dugaan yang terpaksa ditempuh semua calon SPM tahun lalu, penghargaan wajar diberikan kepada guru-guru yang bertungkus-lumus menyediakan bahan-bahan pembelajaran untuk kami semua.

“Alhamdulillah, saya mencapai keputusan A bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Perniagaan, Pendidikan Islam, Tasawwur dan Sains,” katanya yang tinggal di Taman Sri Api-Api, di sini.

Anak bongsu daripada tiga beradik itu juga tidak lupa dengan sokongan dan pengorbanan ibu dan bapanya, Norjahan Admai, 55, dan Samsuri Hamzah, 55, yang banyak meluangkan masa ketika dia mengikuti pembelajaran di rumah.

“Ini termasuk menyediakan kemudahan komputer riba dan membiayai pelajaran kelas dalam  talian yang dianjurkan pihak luar agar saya dapat bahan pembelajaran tambahan selain disediakan pihak sekolah,” ujarnya.

Dia juga sentiasa melakukan solat hajat dan solat tahajud pada sebelah malam untuk memohon kepada Allah SWT supaya dipermudahkan pembelajaran serta menjawab soalan peperiksaan.

Katanya, dia memohonmengikuti pengajian di Institut Pendidikan Guru (IPG) dalam memenuhi cita-citanya menjadi pendidik berbanding kakak dan abangnya yang mengikuti jejak bapa bertugas dalam bidang kesihatan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya