Seperti kata pepatah, musuh kepada musuh saya adalah kawan saya. Tetapi sudah pastinya ini tidak relevan dalam hubungan Malaysia dengan China dan Amerika Syarikat (AS). Ini kerana kita sangat bergantung kepada kedua-dua negara itu untuk kesejahteraan ekonomi dan keselamatan (dari segi kestabilan serantau). China merupakan pelabur langsung asing utama di Malaysia sejak 2016 setelah mengatasi pelabur tradisional seperti AS. Contoh pelaburan langsung asing (FDI) China paling terkenal di Malaysia ialah…