Langgar SOP: Azmin, keluarga akan dipanggil polis - Utusan Malaysia

Langgar SOP: Azmin, keluarga akan dipanggil polis

TANGKAP layar hantaran Facebook Ummi Hafilda Ali yang mendakwa Azmin dan keluarga berkumpul pada hari raya pertama.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan ahli keluarga akan dipanggil memberi keterangan bagi membantu siasatan kes langgar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) merentas daerah dan berkumpul bagi meraikan Hari Raya Aidilfitri.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Mohd. Fadzil Ali berkata, turut dipanggil ialah   anggota Pasukan Gerakan Am yang  bertugas di kediaman Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu  dan pemilik akaun Facebook Ummi Hafilda Ali serta saksi-saksi lain.

Menurut beliau, pihaknya menerima satu laporan polis pada pukul 3.00 petang semalam berhubung hantaran dalam  Facebook atas nama Ummi Hafilda Ali yang tular di media sosial dan mendapat perhatian netizen berhubung dakwaan ahli keluarga Mohamed Azmin melanggar SOP PKP itu di bawah Peraturan 17 P.U (A) 225/2021.

Katanya, kejadian tersebut didakwa berlaku pada 13 Mei iaitu pada hari raya pertama pada pukul kira-kira  8 pagi  di kediaman  rasmi Mohamed Azmin di alamat No 3, Jalan Presint 10/7, Presint 10, Putrajaya. 

“Maklumat awal mendapati sambutan dan jamuan raya tersebut hanya dalam kalangan ahli keluarga Mohamed Azmin. 

“Keterangan petugas yang menjaga Pos Kawalan Kediaman Rasmi tersebut juga mengesahkan pada tarikh 13 Mei itu  tiada pergerakan keluar masuk tetamu seperti yang didakwa dalam hantaran Facebook,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd. Fadzil pada masa sama menasihati pengguna media sosial yang lain agar berhati-hati semasa mengeluarkan kenyataan atau komen yang boleh menjatuhkan imej, kredibiliti dan maruah seseorang atau pun jabatan.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.