Rara pilih ahli perniagaan sebagai suami - Utusan Malaysia

Rara pilih ahli perniagaan sebagai suami

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ahli politik DAP, Young Syefura Othman atau lebih popular dipanggi Rara hari ini, sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Muhammad Edrin Nordin.

Majlis pernikahan Rara, 32, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketari itu berlangsung di dewan Wisma Selangor, Jalan Ampang mengikut prosedur operasi standard (SOP).

“Alhamdulillah semuanya sempurna. Terima kasih kepada yang mendoakan kami berdua ,” kata Rara menerusi akaun Instagramnya.

Rara turut berkongsi detik majlis akadnya secara langsung di Instagram miliknya menyebabkan ruangan komennya dibanjiri ucapan tahniah.

Sebelum ini, Rara pernah mendirikan rumah tangga dengan seorang pengurus pelaburan, Muhammad Masyur pada 24 September 2016, namun bercerai talak satu pada 7 Mac 2019.

Rara yang juga Penolong Setiausaha Wanita DAP Kebangsaan dan Edrin bertunang pada 27 Februari lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya