Kes ingkar SOP melonjak, ramai dicekup di pusat hiburan

Kes ingkar SOP melonjak, ramai dicekup di pusat hiburan

KEADAAN pusat hiburan di Pandan Jaya, Selangor yang beroperasi sorok-sorok ketika tempoh PKP.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jumlah kes ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara semalam melonjak kepada 208 individu berbanding 78 individu dicekup kelmarin.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah berkenaan, seramai 199 dikompaun manakala sembilan direman dengan kes tertinggi ialah aktiviti pusat hiburan sebanyak 112.

Ini ujar beliau, diikuti gagal merekod butiran diri atau tiada menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan (27), tiada memakai pelitup muka (16) dan pelbagai kesalahan lain (53).

“Sembilan pendatang asing tanpa izin ditahan dan tujuh lagi diusir melalui Operasi Benteng selain sebanyak 115 buah bot atau kapal yang dicurigai telah dikesan berdekatan dengan perairan negara melalui enam aktiviti penglihatan oleh pasukan keselamatan,” tegas Ismail Sabri.

Tiga buah kenderaan darat juga disita semalam manakala 256 sekatan jalan raya di seluruh negara dengan sembilan melibatkan Agensi Kawalan Sempadan (Aksem) dan 50 oleh polis.

Menyentuh isu kuarantin wajib, seramai 807 individu tiba di tanah air semalam dengan kesemuanya telah diarah untuk menjalani proses mandatori itu di sejumlah stesen kuarantin.

“Sejumlah 7,868 individu terbabit masih lagi menjalani proses kuarantin wajib di sebanyak 79 hotel serta lapan institusi lain dengan 1,339 individu daripadanya dibawa ke hospital untuk menerima rawatan, manakala 161,681 individu lagi sudah dibenarkan balik ke rumah masing-masing selepas dikuarantin. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya