fbpx

13 April 2021, 5:36 pm

  TERKINI

“Saya tidak akan biarkan Kartel berkembang”

ABDUL HAMID BADOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sama sekali tidak akan membiarkan mana-mana anggota dan pegawai yang didakwa mewujudkan kartel  bagi menguasai jawatan dalam pasukan itu berkembang.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, beliau yakin situasi yang berlaku dalam PDRM itu masih terkawal serta akan menghentikan gerakan tersebut.

Katanya, beliau juga akan memaklumkan hal tersebut kepada Menteri Dalam Negeri berhubung isu ini.

“Saya rasa jelas sangat apa yang saya berikan, satu ketika menimbulkan kegemparan mengatakan bahawa hendak runtuhnya PDRM.

“Semuanya masih terkawal, saya dapat mengawal keadaan. Saya minta orang ramai tidak gusar mengenai perkara itu. Dan memang tidak baik apa berlaku ini. Bagaimanapun, sudah tentu saya tidak akan benarkan mereka berkembang,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Pusat autisme PDRM di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur dekat sini.

Yang turut hadir, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani dan Pengarah Jabatan Pengurusan, Datuk Ramli Din.

Dalam pada itu, Abdul Hamid berkata, pusat itu diwujudkan khususnya untuk kebajikan anak-anak warga PDRM yang menghidapi autisme selain mendedahkan anggota dan pegawai berkenaan prosedur operasi standard (SOP) siasatan melibatkan individu autisme.

“Jadi ini antara usaha untuk setiap warga PDRM faham, perjelas untuk SOP pendekatan bagi mereka yang menghidap auntisme.

“Ini bagi mengelak teknik kasar digunakan. Saya juga telah mengingatkan kepada Ketua Polis Negeri dan pesuruhjaya-pesuruhjaya agar memastikan garis panduan SOP siasatan jelas terhadap anggota dengan situasi tersebut,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE