Kuantan Street Art dipantau CCTV - Utusan Malaysia

Kuantan Street Art dipantau CCTV

Kuantan Street Art yang menjadi ikon pelancongan baharu negeri ini akan sentiasa dipantau menerusi CCTV. - UTUSAN/UTUSAN/AJIE MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Kuantan Street Art yang menjadi ikon pelancongan baharu negeri ini akan sentiasa dipantau menerusi sistem kamera litar tertutup (CCTV) bagi mencegah vandalisme oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Langkah itu bertujuan memelihara 36 seni lukisan dan lebih 20 ‘prop’ yang terdapat di lokasi berkenaan yang terletak antara Jalan Mahkota dan Jalan Besar, di sini.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi negeri, Datuk Seri Mohd. Sharkar Shamsudin berkata, kerajaan negeri melalui Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) sudah memasang CCTV di kawasan terbabit.

“Saya ingatkan kepada semua pengunjung bahawa tempat ini sentiasa dipantau jadi yang pertama jangan buat perkara tidak senonoh, CCTV ini kita akan periksa, ada bahagian keselamatan akan periksa setiap masa.

“Ini semua adalah untuk pastikan semua lukisan selamat, kita bimbang lukisan ini diconteng oleh mereka yang tidak bertamadun,” katanya kepada pemberita selepas lawatan kerja di  Kuantan Street Art di sini malam semalam.

Yang hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga negeru, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin dan Setiausaha MBK, Datuk Hamiza Hamzah.

Mohd. Sharkar turut memaklumkan kira-kira 50,000 pengunjung sudah melawat Kuantan Street Art sejak dibuka secara rasmi pada 21 Februari lalu, serentak dengan hari pemasyhuran Kuantan sebagai bandaraya.

Katanya, jumlah pengunjung dijangka terus meningkat berikutan keputusan kerajaan untuk membenarkan semula aktiviti pelancongan menggunakan agensi pelancongan berdaftar, dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Kita mempunyai kelebihan dan banyak lokasi yang menarik untuk dipilih pelancong (domestik)… saya percaya, Kuantan Street Art juga antara lokasi tumpuan dan boleh menjadi mercu tanda atau ikon pelancongan terbaharu di Pahang.

“Semua lukisan di sepanjang laluan kira-kira 700 meter ini dihasilkan oleh 13 artis anak tempatan manakala kos keseluruhan untuk pembangunan laluan ini adalah sebanyak RM50,000,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya