UPSI sasar kutip RM1 juta untuk bas alumni 2027

UPSI sasar kutip RM1 juta untuk bas alumni 2027

Md Amin Md Taff (kiri) bersama alumni ketika melancarkan Buku Panduan Penguruan Pusat Alumni pada Majlis Makan Malam Alumni Back to Campus 2026 di Dewan SITC, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah, UPSI Tanjung Malim baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menyasarkan kutipan RM1 juta bagi menyediakan sebuah bas alumni untuk kegunaan pelajar universiti itu menjelang 1 Mei 2027, bersempena sambutan ulang tahun ke-105 penubuhannya.

Naib Canselor UPSI Prof. Datuk Dr. Md Amin Md Taff berkata, inisiatif itu bertujuan merealisasikan sumbangan alumni yang dapat memberikan manfaat secara langsung kepada pelajar, sekali gus membuktikan komitmen bekas pelajar terhadap pembangunan universiti.

Beliau berkata, usaha berkenaan memerlukan kerjasama seluruh warga alumni, termasuk melalui sumbangan individu, fakulti dan rangkaian alumni di seluruh negara.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Alumni harus bergerak jauh daripada sekadar makan-makan. Alumni harus melihat bagaimana kita boleh menyumbang agar adik-adik yang ada, terdidik daripada universiti ini, akan tahu bahawa mereka memainkan peranan,” katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam Alumni Back to Campus 2026 yang menghimpunkan kira-kira 200 alumni UPSI di Dewan SITC, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah.

Md Amin berkata, sasaran kutipan itu boleh dicapai menerusi penyertaan 10 fakulti UPSI dengan setiap fakulti mengumpulkan RM100,000 atau melalui 14 rangkaian alumni yang masing-masing menyumbang kira-kira RM80,000.

Md Amin berkata mekanisme sumbangan akan diperincikan bersama pihak Bendahari universiti, termasuk kemungkinan saluran zakat, wakaf dan infak, tertakluk kepada kesesuaian serta ketetapan berkaitan.

Beliau turut menyuarakan harapan agar sumbangan alumni tidak terhenti pada inisiatif berkenaan, sebaliknya berkembang menjadi budaya menyumbang secara berterusan demi memastikan kebajikan dan keperluan pelajar terus mendapat perhatian.

Pada majlis yang sama, Md Amin turut melancarkan Buku Panduan Pengurusan Alumni yang menghimpunkan panduan serta tatacara pengurusan berkaitan alumni sebagai rujukan pusat-pusat alumni di seluruh negara.

Penerbitan itu bertujuan memperkukuh jaringan dan hubungan strategik antara universiti dengan alumni, selain membantu meningkatkan keberkesanan pengurusan serta pelaksanaan program alumni.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini