Saya cuba buat CPR, tetapi anak tiada respons – Bapa

Saya cuba buat CPR, tetapi anak tiada respons – Bapa

MIOR Sharizal (duduk) menyaksikan isterinya, Derma Taksiah @ Norlela menyiram air mawar pada pusara anak mereka di Tanah Perkuburan Islam Dengkil, di Putrajaya, semalam. – UTUSAN/ FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DENGKIL: Luluh hati seorang bapa selepas melihat anak perempuan tunggalnya, Derma Damiya’ Nur Mikayla Mior Shahrizal terbaring dalam keadaan tidak sedarkan diri di koridor tingkat dua di sebuah sekolah, di sini semalam.

Menurut bapa mangsa, Mior Shahrizal Mior Zakaria, 48, dia mengetahui perkara itu daripada isterinya, Derma Taksiah @Norlela, 51, sekitar pukul 5 petang yang memintanya bergegas ke sekolah selepas dimaklumkan anak bongsu daripada tiga beradik itu dipercayai tercekik.

“Jadi bila saya sampai di sekolah, saya naik tingkat dua, tengok anak saya sudah terbaring dekat koridor. Tapi ada (guru) di sekeliling itu lah.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya berada di tempat kejadian sekitar 15 minit, kemudian baru ambulans tiba. (Ketika itu) anak memang dah ‘flat’ habis, saya dah tolong ‘pump’ apa semua dah tiada respon, saya bagi CPR (Resusitasi Kardiopulmonari) apa semua,” katanya ketika ditemui pemberita di Tanah Perkuburan Islam Dengkil, di sini semalam.

Polis sebelum ini mengesahkan seorang murid perempuan berusia tujuh tahun meninggal dunia selepas mengalami kesukaran bernafas ketika berada di dalam kelas di Sekolah Kebangsaan (SK) Dengkil, di sini.

Jenazah dikebumikan di Ta­nah Perkuburan Islam Dengkil sekitar pukul 3.15 petang de­ngan dihadiri lebih 50 ahli keluarga dan waris terdekat.

Ditanya keputusan proses bedah siasat ke atas Derma Damiya’ Nur Mikayla, Mior Shahrizal berkata, berdasarkan penerangan doktor kepadanya serta isteri, saluran pernafasan anaknya itu dipercayai tersumbat makanan yang melekat di dalamnya.

“Ada doktor terangkan tadi , sama ada pisang atau pun ayam. Doktor jelaskan dua benda itu lah, benda itu tak boleh dikeluarkan, ada dalam (saluran pernafasan),” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini