fbpx

17 Oktober 2021, 8:39 pm

  TERKINI

Keselamatan siber fokus utama susulan ancaman Korea Utara

AFFENDI BUANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan memberi fokus menangani ancaman keselamatan siber susulan tindakan Korea Utara memutuskan hubungan dengan Malaysia.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang berkata, pihaknya juga akan meningkatkan tahap kesiapsiagaan bagi memastikan tiada serangan dalam aspek berkenaan.

Katanya, kerja keras itu dibuat dalam memastikan ancaman yang diterima sebelum ini ditangani sebaik mungkin.

“Keselamatan siber antara perkara yang diberi perhatian khusus untuk kekalkan kedaulatan negara. Ini kerana segala data-data keselamatan tersimpan dalam domain siber.

“Namun begitu, keadaan buat masa ini terkawal. Saya mengharapkan yang terbaik daripada pasukan yang sentiasa bekerja keras,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Konsulat Kedutaan Korea Utara, Kim Yu Song sebelum ini memberi peringatan keras terhadap Malaysia berhubung tindakan kerajaan dalam isu melibatkan rakyat warganegara republik itu.

Ini termasuk kemungkinan serangan siber atas laman-laman sesawang berkepentingan Malaysia memandangkan Korea Utara mahir dalam melakukan penggodaman. – UTUSAN ONLINE

POPULAR

KOSMO! TERKINI