JAIS ‘buru’ Muhammad Sajjad untuk dibawa ke mahkamah

JAIS ‘buru’ Muhammad Sajjad

NUR SAJAT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah memberikan arahan kepada penguatkuasanya bagi mengesan dan menahan usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau panggilan popular Sajat untuk dibawa ke mahkamah.

Pengarahnya, Datuk Mohd. Shahzihan Ahmad berkata, pihaknya telah menerima waran tangkap terhadap Muhammad Sajjad, 36, semalam.

“Waran tangkap tanpa jaminan ini telah dikeluarkan Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam terhadap Muhammad Sajjad.

“Oleh demikian, arahan telah diberikan kepada penguat kuasa JAIS untuk mengesan dan menahan individu terbabit untuk dibawa ke mahkamah,” katanya ringkas kepada pemberita hari ini.

Kelmarin, Mahkamah Tinggi Syariah di sini mengeluarkan waran tangkap terhadap Muhammad Sajjad atas tuduhan berpakaian seperti wanita sehingga menyebabkan agama Islam dipandang hina.

Waran tangkap terhadap Muhammad Sajjad itu dikeluarkan Hakim Syarie, Mohammad Khalid Shaee @ Shaii.

Menurut sumber, waran tangkap itu dikeluarkan susulan Muhammad Sajjad gagal hadir ke mahkamah bagi prosiding sebutan semula kes tersebut hari ini.

Mewakili Muhammad Sajjad, Peguam Syarie Zuri Zabuddin Budiman berkata, prosiding tersebut ditangguhkan kerana anak guamnya tidak tampil ke mahkamah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.