Gerakan P. Pinang desak tanah Taman Manggis diserah semula kepada Pusat - Utusan Malaysia

Gerakan P. Pinang desak tanah Taman Manggis diserah semula kepada Pusat

H'NG Khoon Leng menunjukkan tapak tanah Taman Manggis di Georgetown, Pulau Pinang yang pada asalnya mahu dibina projek PPR namun dijual kepada syarikat swasta dalam sidang akhbar hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Parti Gerakan negeri mendesak Kerajaan Negeri Pulau Pinang menyerahkan semula tanah di Taman Manggis, di sini kepada Kerajaan Pusat tanpa syarat untuk dibina projek perumahan rakyat (PPR).

Naib Pengerusi Gerakan negeri, H’ng Khoon Leng berkata, tindakan itu sebagai tanda kesungguhan dan keprihatinan kerajaan negeri yang dipimpin DAP dalam menyelesaikan isu rumah mampu milik di negeri ini.

Jelas beliau, tanah itu ketika era pentadbiran Gerakan di bawah Barisan Nasional (BN) sememangnya dikhususkan untuk dibina PPR, namun dijual kepada pihak swasta pada 2009 iaitu setahun selepas DAP mengambil alih pentadbiran negeri ini.

Dalam masa sama, beliau mendesak kerajaan negeri mendedahkan kawasan yang diperuntukkan kepada Kerajaan Pusat di negeri ini untuk dibina PPR.

“Pemimpin DAP mendakwa usaha membina PPR adalah tanggungjawan Kerajaan Pusat, jadi kita mahu bertanya di mana dan berapa keluasan tanah yang dikenal pasti kerajaan negeri bagi tujuan ini?

“Tanah-tanah ini perlu diserahkan terlebih dahulu kepada Kerajaan Pusat supaya projek PPR di situ dapat disenaraikan di dalam belanjawan dan Rancangan Malaysia mengikut kesesuaian pendapatan negara ” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Menurut Koon Leng, selepas tiga penggal memerintah negeri ini, DAP sepatutnya mempunyai rancangan jelas untuk membina PPR di negeri ini ditambah ketika dua tahun Pakatan Harapan (PH) menjadi Kerajaan Pusat.

Namun ujar beliau, perkara itu tidak berlaku sebaliknya kerajaan negeri meluluskan empat projek pembinaan asrama pekerja asing. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya