fbpx

Farid Kamil, Boy Iman ditarik balik gelaran Datuk Pahang

FARID KAMIL ZAHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Istana Pahang menarik balik dan membatalkan anugerah darjah kebesaran negeri, Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) membawa gelaran Datuk daripada dua pelakon tanah air.

Mereka adalah Farid Kamil Zahari dan Noruliman A. Rahman atau lebih kenali sebagai Boy Iman.

NORULIMAN A. RAHMAN

Tarikh surat penarikan semula darjah kebesaran daripada dua artis itu adalah pada 1 Februari lalu.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Dr. Salehuddin Ishak berkata, selain dua pelakon itu, terdapat tiga individu lagi yang DIMP mereka ditarik balik.

“Mereka adalah Wong Shee [email protected], Tran Thi Mai @Maimunah dan Syed Mohammad Faiz Syed Azemman,” katanya dalam kenyataan di sini.

Salehuddin berkata, penama itu tidak dibenarkan memakai sebarang gelaran yang dikurniakan.

Jelasnya, mereka juga perlu mengembalikannya kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang selaras dengan Undang-Undang Darjah-Darjah Kebesaran dan Bintang-Bintang Negeri Pahang. – UTUSAN ONLINE

POPULAR

KOSMO! TERKINI