Dua kanak-kanak mati lemas - Utusan Malaysia

Dua kanak-kanak mati lemas

ANGGOTA bomba mengangkat mayat salah seorang kanak-kanak yang ditemukan lemas di Sungai Skudai, Johor Bahru, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Dua kanak-kanak lelaki yang dikhuatiri hilang ketika dipercayai mandi-manda di Sungai Skudai, petang semalam ditemukan lemas kira-kira 14 dan 7 meter daripada lokasi mereka kali terakhir dilihat.

Mangsa pertama, Ahmad Daniel Abdullah, 9, dari Kampung Baru Skudai ditemukan oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pada pukul 8.58 malam.

Mangsa kedua yang berusia tujuh tahun pula ditemukan lebih tiga jam kemudian.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin, Timbalan Penguasa Bomba I Suhaimi Abdul Jamal berkata, pihaknya menggunakan teknik ‘windshield wiper searching’ dalam operasi tersebut yang bermula sejak pukul 6.37 petang.

“Seramai 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin serta Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) Bomba Johor dibantu tiga jentera dan empat kenderaan utiliti terlibat dalam operasi SAR itu.

“Bomba turut dibantu seramai 15 anggota polis dan tiga anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) dalam operasi yang ditamatkan pada pukul 12.43 tengah malam,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Terdahulu, insiden lemas dua kanak-kanak itu disedari seorang lelaki yang sedang menjala ikan di bawah jambatan berdekatan lokasi kejadian.

Saksi itu, Nalsen Manggatang, 35, yang melihat ada kelibat tangan terkapai-kapai dan jeritan meminta tolong kemudian cuba menyelamatkan mangsa tetapi tidak berjaya.

“Saya terus terjun ke dalam sungai untuk cuba menyelamatkan mereka tetapi apabia sampai di tengah sungai, saya sudah kehilangan nafas,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Nalsen berkata, dia kemudian meminta pertolongan daripada orang awam lain yang kebetulan melalui kawasan tersebut sebelum menghubungi talian kecemasan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya